Tuesday 5 December 2017

PENCAPAIAN AKADEMIK SEPANJANG BERADA DI UKM

Assalammualaikum dan hai :)

Sudah hampir 14 minggu berada di UKM Bangi, banyak yang dipelajari sepanjang berada di sini. Lebih menyeronokkan lagi apabila berjumpa dengan kawan-kawan baharu yang datang dari pelbagai negeri mahupun negara. Saya mengambil beberapa subjek dan yang paling baharu bagi saya ialah subjek Aplikasi Komputer yang diajar oleh pensyarah yang bernama Puan Noor Faridatul Ainun Binti Zainal. Subjek ini antara subjek yang menyeronokkan apabila dapat berada di makmal komputer dan menggunakan komputer yang disediakan. Banyak ilmu yang dipelajari sepanjang mengikuti kelas Aplikasi Komputer. Antaranya ialah penggunaan Microsoft Word, Powerpoint, Excel dan Access yang antaranya sebelum ini tidak pernah saya dipelajari di tempat lain. Apabila mengikuti kelas ini, banyak ilmu baharu yang saya ketahui mengenai setiap satu microsoft yang dipelajari seperti kegunaannya dan kemudahan yang diberikan kepada pengguna. Pensyarah juga banyak memberikan tugasan supaya kami mahir menggunakan semua microsoft yang dipelajari. Inilah antara pencapaian yang saya peroleh sepanjang berada di UKM dan saya sangat berterima kasih kepada pensyarah kerana memberi tunjuk ajar. Tidak lupa juga,  topik-topik komputer yang saya pelajari yang menceritakan dengan lebih mendalam mengenai komputer dan komponen-komponennya serta fungsi-fungsinya yang sebelum ini saya tidak tahu.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca <3

Microsoft Word

Microsoft Excel

Microsoft Access